Blog

2

Jawatan Kosong Di Mihrab Hotel

Assalammualaikum para pembaca yang budiman…

Kali ini Mihrab Hotel Putrajaya membuka peluang pekerjaan bagi mengisi kekosongan jawatan housekeeping dan receptionist.

Kami memerlukan kemasukan segera. Jadi bagi yang berminat boleh lah datang temuduga secara walk-in ke Mihrab Hotel Putrajaya. Alamat disediakan di ruang contact us. Pasaraya Mydin putrajaya boleh dijadikan landmark bagi mereka yang menggunakan GPS untuk mencari lokasi Mihrab Hotel kerana hotel ini terletak dihadapan Pasaraya Mydin Putrajaya sahaja.

 

Antara kriteria-kriteria yang diperlukan bagi memenuhi jawatan ini ialah:-

– Solat 5 waktu – WAJIB!
– Amanah + rajin + bertanggungjawab
– Minat mendalam dalam industri perhotelan
– Minimum SPM / STPM / DIPLOMA
– Mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan satu kelebihan
– Berumur antara 20 – 30 tahun
– Preferably with hotel management / tourism services certificate or experience in the customer service field or equivalent – Required language (s) Bahasa Malaysia & English.

Kelebihan gaji yang ditawarkan ialah melebihi RM 1000 beserta caruman EPF dan PERKESO . Antara kemudahan yang disediakan kepada pekerja seperti tempat rehat dan juga tempat solat. selain itu, bonus kerja cemerlang dan elaun bagi kerja malam juga diberikan kepada pekerja-pekerja di Mihrab Hotel Putrajaya. HOSTEL juga disedikan kepada pekerja wanita sahaja.

Bagi yang berminat sila hubungi kami ditalian 03-8893-5500. Sila bawa dokumen-dokumen yang lengkap seperti resume dan sijil-sijil akademik. Anda juga boleh menghantar terus resume ke hr@mihrabhotel.com.

 

vacancy

Kelas Mengaji Mingguan Posted April 24, 2015

0

Alhamdulillah, setelah berehat selama 2 minggu daripada kelas mengaji.. Hari ini, ustaz dan ustazah kembali untuk mengajar staff warga kerja Mihrab Hotel, Putrajaya untuk mengaji Al-Quran. 2 minggu cuti kerana ustaz dan ustazah menunaikan umrah. Kami doakan Ustaz & Ustazah mendapat umrah yang mabrur… insyaaAllah…

Inilah salah satu aktiviti yang WAJIB untuk semua staff Mihrab Hotel ikuti. Pihak pengurusan telah menetapkan setiap hari Jumaat kelas mengaji. Kelas ini wajib dihadiri oleh semua staff walaupun hari tersebut sibuk sekalipun.

Setiap staff akan mengaji secara ‘One by One’ dengan Ustaz atau Ustazah mengikut peringkat bacaan. Justeru, Ustaz & Ustazah boleh tegur direct dan boleh baiki tahap bacaan untuk lebih baik.

Semoga aktiviti ini akan kekal dan moga dirahmati oleh Yang Maha Esa.. insyaaAllah..

p/s: Ada juga buah tangan tanda ingatan ustaz dan ustazah kepada anak murid mereka. Terima kasih Ustaz & Ustazah.

kelas-mengaji-mihrab-hotel-putrajaya kelas-mengaji-mihrab-hotel-putrajaya1

Penyerahan Kutipan Derma PeKA Posted April 9, 2015

0

Alhamdulillah.

Sumbangan bagi projek Wakaf Rumah Kontena bagi penempatan mangsa banjir pantai timur telah selamat diserahkan oleh Assistant Manager Mihrab Hotel, Cik Nurul Jannah kepada wakil daripada ‪Peka – Pertubuhan Kembara Amal yang diwakili oleh En Khir Ariffin. Pihak Mihrab Hotel telah mengumumkan akan menyerahkan RM3 bagi setiap tetamu yang check-in di Mihrab Hotel pada bulan Januari 2015 yang lalu.

Tabung ini diletakkan di kaunter check-in di lobi hotel. Justeru, ramai tetamu Mihrab Hotel yang telah menyumbang. Kami di Mihrab Hotel mengucapkan berbanyak terima kasih dan semoga sumbangan kita sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dan semoga derma itu menjadi salah satu asbab untuk kita ke Jannah nanti.. insyaaAllah..

pEka

0

Alhamdulillah, pihak pengurusan Mihrab Hotel, Putrajaya telah memulakan Preventive Maintenance bagi Major Service kepada semua penghawa dingin (Air-Conditioning) bagi memberi keselesaan kepada semua tetamu hotel.

Untuk tujuan ini, pihak Mihrab Hotel telah membuat jadual yang bersesuaian agar tidak mengganggu keselesaan tetamu hotel. Kerja-kerja ini akan mengambil masa 7 hari.

service-aircond

Terima Kasih Ustaz Posted March 12, 2015

0

Terima Kasih Ustaz Abdullah Khairi & saudara Annas Araby kerana memilih Hotel Mihrab Putrajaya.

ust-abdullah-mihrab ust-anas-mihrab