Penyerahan Kutipan Derma PeKA Posted April 9, 2015

0

Alhamdulillah.

Sumbangan bagi projek Wakaf Rumah Kontena bagi penempatan mangsa banjir pantai timur telah selamat diserahkan oleh Assistant Manager Mihrab Hotel, Cik Nurul Jannah kepada wakil daripada ‪Peka – Pertubuhan Kembara Amal yang diwakili oleh En Khir Ariffin. Pihak Mihrab Hotel telah mengumumkan akan menyerahkan RM3 bagi setiap tetamu yang check-in di Mihrab Hotel pada bulan Januari 2015 yang lalu.

Tabung ini diletakkan di kaunter check-in di lobi hotel. Justeru, ramai tetamu Mihrab Hotel yang telah menyumbang. Kami di Mihrab Hotel mengucapkan berbanyak terima kasih dan semoga sumbangan kita sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dan semoga derma itu menjadi salah satu asbab untuk kita ke Jannah nanti.. insyaaAllah..

pEka

Leave a Comment