Kelas Mengaji Mingguan Posted April 24, 2015

0

Alhamdulillah, setelah berehat selama 2 minggu daripada kelas mengaji.. Hari ini, ustaz dan ustazah kembali untuk mengajar staff warga kerja Mihrab Hotel, Putrajaya untuk mengaji Al-Quran. 2 minggu cuti kerana ustaz dan ustazah menunaikan umrah. Kami doakan Ustaz & Ustazah mendapat umrah yang mabrur… insyaaAllah…

Inilah salah satu aktiviti yang WAJIB untuk semua staff Mihrab Hotel ikuti. Pihak pengurusan telah menetapkan setiap hari Jumaat kelas mengaji. Kelas ini wajib dihadiri oleh semua staff walaupun hari tersebut sibuk sekalipun.

Setiap staff akan mengaji secara ‘One by One’ dengan Ustaz atau Ustazah mengikut peringkat bacaan. Justeru, Ustaz & Ustazah boleh tegur direct dan boleh baiki tahap bacaan untuk lebih baik.

Semoga aktiviti ini akan kekal dan moga dirahmati oleh Yang Maha Esa.. insyaaAllah..

p/s: Ada juga buah tangan tanda ingatan ustaz dan ustazah kepada anak murid mereka. Terima kasih Ustaz & Ustazah.

kelas-mengaji-mihrab-hotel-putrajaya kelas-mengaji-mihrab-hotel-putrajaya1

Leave a Comment