Kerja Kosong

kerja kosong

Assalamualaikum W.B.T / Salam Sejahtera,

Kami sedang mencari mereka yang minat dan passion terhadap industri hotel untuk menjadi sebahagian daripada warga Mihrab Hotel, Putrajaya.

Jika anda :
i – ingin mencari pengalaman tentang pengurusan sebuah hotel
ii – bercita-cita suatu hari nanti ingin membuka sebuah hotel sendiri
iii – ingin menimba ilmu dalam bidang perhotelan
iv – ingin menambah pendapatan keluarga
v – ingin merasai pengalaman bertemu, menguruskan dan bercakap dengan ramai orang serta cabaran menguruskan ramai orang

Jom sertai kami.. Hantarkan resume anda untuk kami pertimbangkan. Kami mempunyai kekosongan jawatan berikut :

Sale & Marketing Assistant (Gaji permulaan dari RM1000+Komisyen)
– menguruskan pemasaran dan jualan bilik hotel
– memastikan mencapai target yang ditetapkan setiap bulan
– menyediakan dan melakukan strategi pemasaran yang effisen
– Minimum STPM / DIPLOMA

Front Desk Assistant (Gaji permulaan dari RM1100)
– melaksanakan proses check in dan check out
– menguruskan booking bilik melalui telefon, internet dan walk-in
– Boleh bekerja 3 shif bagi lelaki dan wanita
– Minimum SPM / STPM / DIPLOMA

Housekeeping (Gaji permulaan dari RM1000)
– melaksanakan pengemasan dan kebersihan setiap bilik
– melaksanakan pembersihan persekitaran hotel
– Minimum SPM
Kelayakan :
– Solat 5 waktu – WAJIB!
– Amanah + rajin + bertanggungjawab
– Minat mendalam dalam industri perhotelan
– Minimum SPM / STPM / DIPLOMA
– Mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan satu kelebihan
– Umur antara 20 hingga 30 tahun
– Keutamaan kepada Pengurusan Hotel (hotel management) / Kursus/Sijil Pelancongan (Tourism Services Certificate) atau pengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan (customer service field) atau seangkatan.
– KeutamaanBahasa:  Fasih Bahasa Malaysia & Inggeris (BI).

 

Kelebihan :
– Gaji permulaan bergantung kepada pengalaman
– Caruman EPF serta PERKESO
– Kemudahan tempat rehat dan solat
– Bonus kerja cemerlang
– Elaun kerja malam

 

Jika berminat sila email resume ke hr@mihrabhotel.com.

PAGE FACEBOOK KAMI: MIHRAB HOTEL PUTRAJAYA